Klinik keluarga anda di Kedah · dibuka setiap hari

Kesihatan Anda Keutamaan Kami.

Daripada demam dan luka kecil sehinggalah pemeriksaan kesihatan dan prosedur kecil, doktor kami sedia membantu anda sekeluarga. Datang terus, atau tempah dahulu supaya anda tidak perlu menunggu lama.

7Cawangan di Kedah
8Doktor bertugas
365Hari beroperasi setahun
Doktor wanita
di cawangan terpilih
Panel & insurans
diterima
Buka hingga malam
termasuk cuti umum
Klinik Al Fateh Jitra
Klinik Al Fateh Taman Wira Mergong
Ruang menunggu yang selesa
7Cawangan di seluruh Kedah
8Doktor residen & pegawai perubatan
12+Panel korporat & insurans
7 hariDibuka seminggu, termasuk cuti umum
Klinik Al Fateh Pendang
Dekat dengan
komuniti anda
Tentang Kami

Klinik yang dekat dengan komuniti, dijaga pasukan yang ambil berat

Klinik Al Fateh diuruskan oleh Med2u Central Sdn Bhd dan kini hadir di tujuh lokasi sekitar Kedah. Matlamat kami mudah: rawatan yang berkualiti, penerangan yang jelas, dan layanan yang membuat anda selesa dari mula hingga selesai. Kami juga terus memperluas rangkaian supaya lebih ramai keluarga mudah mendapat penjagaan kesihatan yang dipercayai.

  • Doktor berpengalaman, dengan doktor wanita di cawangan terpilih
  • Jururawat terlatih dan persekitaran klinik yang bersih
  • Panel korporat dan insurans diterima
  • Dibuka pagi hingga malam, setiap hari
Lihat Cawangan Kami
Rawatan & Servis

Rawatan untuk seisi keluarga

Daripada rawatan harian hingga prosedur kecil, semuanya boleh diuruskan di bawah satu bumbung. Servis yang tersedia mungkin sedikit berbeza antara cawangan, jadi kami galakkan anda bertanya dahulu.

Ibu & Anak
01

Ibu & Anak

Konsultasi dan pemeriksaan kesihatan untuk ibu dan anak.

Lutut, Sendi & Saraf
02

Lutut, Sendi & Saraf

Penilaian dan suntikan lutut, serta rawatan untuk sakit saraf.

Pengurusan Berat Badan
03

Pengurusan Berat Badan

Penilaian indeks kesihatan, ubat anti-obesiti dan pemantauan berkala oleh doktor.

Telinga, Hidung & Tekak
04

Telinga, Hidung & Tekak

Cuci telinga, nebulizer dan sedutan kahak untuk masalah ENT.

Rawatan Luka
05

Rawatan Luka

Dressing luka kecil dan kronik, termasuk ulser diabetes dan luka tekanan.

Pembedahan Kecil & Sunat
06

Pembedahan Kecil & Sunat

Buang kuku tumbuh dalam dan ketumbuhan kecil, serta khatan kanak-kanak dan dewasa.

Pemeriksaan Kesihatan
07

Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan diabetes, tekanan darah dan kolesterol, serta pemeriksaan kesihatan.

Vaksin & Pemeriksaan Haji
08

Vaksin & Pemeriksaan Haji

Vaksinasi termasuk typhoid, dan pemeriksaan perubatan untuk bakal haji.

Bagaimana Ia Berjalan

Dari pendaftaran hingga susulan

Kami cuba pastikan setiap lawatan jelas dan tidak menyusahkan anda.

1

Daftar

Datang terus ke klinik, atau tempah awal melalui borang dan WhatsApp.

2

Pemeriksaan

Doktor mendengar masalah anda dan menilai keadaan dengan teliti.

3

Rawatan

Pelan rawatan dan ubat diterangkan dengan bahasa yang mudah difahami.

4

Susulan

Kami pantau perkembangan anda sehingga benar-benar pulih.

Cawangan Kami

Temui cawangan paling hampir

Setiap cawangan mempunyai doktor dan fokus rawatan tersendiri. Pilih yang paling sesuai, kemudian hubungi terus melalui WhatsApp atau layari laman cawangan untuk maklumat penuh.

Panel Kami

Panel & insurans yang diterima

Kami bekerjasama dengan pelbagai panel korporat dan insurans. Senarai panel berbeza antara cawangan, jadi sila sahkan dengan cawangan pilihan anda sebelum datang.

Testimoni

Kata mereka yang pernah singgah

Ulasan sebenar daripada pesakit kami, dipilih secara rawak dari pelbagai cawangan.

Artikel Terkini

Bacaan kesihatan untuk anda

Panduan ringkas daripada pasukan kami tentang penjagaan kesihatan harian.

Soalan Lazim

Soalan yang sering ditanya

Jawapan ringkas sebelum anda datang. Jika ada soalan lain, WhatsApp sahaja cawangan terdekat.

Pukul berapa klinik dibuka, dan adakah buka pada hujung minggu?

Semua cawangan dibuka setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Kebanyakan cawangan beroperasi dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Pengecualian ialah Taman Wira Mergong (9.00 pagi hingga 10.00 malam) dan Sungai Petani (10.00 pagi hingga 9.00 malam).

Waktu tepat setiap cawangan boleh dilihat pada kad cawangan di atas.

Perlukah saya membuat temujanji, atau boleh datang terus?

Anda dialu-alukan datang terus. Namun, temujanji disyorkan untuk khatan dan prosedur kecil, serta jika anda hanya boleh datang selepas waktu kerja atau pada hujung minggu apabila klinik lebih sibuk.

Anda boleh menempah melalui borang di laman ini atau menghantar mesej WhatsApp terus kepada cawangan pilihan.

Adakah klinik menyediakan servis untuk ibu dan anak?

Kami menyediakan konsultasi dan pemeriksaan kesihatan untuk ibu dan anak bersama doktor. Sila hubungi cawangan untuk semak ketersediaan servis.

Bagaimana rawatan pengurusan berat badan dijalankan?

Doktor akan menilai BMI, berat dan tinggi, sejarah penyakit, ubat-ubatan semasa serta paras gula darah anda terlebih dahulu. Jika sesuai, doktor boleh mencadangkan ubat anti-obesiti yang diluluskan, bersama pemantauan berkala.

Antara pilihan yang ada ialah suntikan mingguan seperti MOUNJARO® (tirzepatide), yang hanya diberikan di bawah pengawasan doktor. Ia tidak sesuai untuk wanita hamil atau menyusu, atau mereka yang mempunyai sejarah penyakit pankreas. Pemakanan seimbang dan perubahan gaya hidup tetap diperlukan.

Panel dan insurans apa yang diterima?

Antara panel yang diterima ialah PMCARE, MiCares, AIA, PERKESO, PEKA B40, MARA, Mednefits, HealthMetrics, Health Connect, Compumed dan Lembaga Zakat Kedah.

Panel berbeza antara cawangan. Sebelum datang, hubungi cawangan pilihan anda dan bawa kad panel atau surat jaminan serta kad pengenalan supaya proses pendaftaran lebih lancar.

Adakah klinik menyediakan sunat dan pembedahan kecil?

Ya. Kami menyediakan khatan untuk kanak-kanak dan dewasa, serta di cawangan tertentu juga untuk bayi perempuan. Pembedahan kecil termasuk pembuangan kuku tumbuh dalam, ketumbuhan kecil seperti lipoma, sista, tahi lalat dan ketuat.

Doktor akan menerangkan prosedur serta cara penjagaan selepas itu sebelum bermula. Temujanji awal disyorkan.

Boleh buat pemeriksaan haji, vaksin atau pemeriksaan kesihatan di sini?

Boleh. Kami menyediakan pemeriksaan perubatan bakal haji, vaksinasi termasuk typhoid untuk pekerja industri makanan, serta pemeriksaan diabetes, tekanan darah dan kolesterol.

Untuk pesakit yang sukar ke klinik, perkhidmatan Home Visit juga tersedia di talian +60 11-5852 9024.

Hubungi Klinik